Wednesday, January 19, 2011

Ketentuan Ilahi...........

“Segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Insan di dunia ini hanya boleh berusaha untuk mendapatkan hidup yang lebih baik. Sabar dan redha menerima segala yang berlaku …..Segala-galanya mungkin terjadi tanpa aturan atau rancangan dari kita.

Siapa kita untuk mempersoalkannya …..”

Realiti hidup yang amat sukar untuk menerimanya. Aku sentiasa sahaja berkata-kata dengan diriku sendiri. Sebolehnya aku cuba menenangkan diri ku dengan berfikiran positif untuk mengawal perasaan dan diriku ini.

Hidup aku seperti mana juga orang lain, penuh dengan suka duka. Ada yang pahit dan manis. Segalanya aku terima dengan keterpaksaan, itu sahaja yang dapat aku buat :D

Aku sebenarnya sukar untuk menerima keadaan aku sendiri. Ramai yang menganggap aku seorang yang kuat semangat, gigih, cekal, tabah, segala-galanya…… tapi apa yang berlaku dalam diri aku sendiri adalah sebaliknya pula.

Keperitan yang aku tanggung seorang diri memakan diri aku sendiri sebenarnya. Kadang-kadang aku menjadi orang yang pasif dan pesimis. Sebenarnya keadaan aku ini mempengaruhi fizikal aku jugak…………

Patut atau tidak aku berfikiran positif di luar sahaja tetapi dalaman aku terlalu negative sebenarnya. Semua keburukan aku lontarkan pada diri aku sendiri. Akulah manusia yang paling sukar menerima kenyataan hidup aku sendiri. Kadang aku berada di alam fantasia yang aku cipta sendiri untuk diri aku kelihatan lebih baik dari keadaan sebenar L….. sukar untuk memahami diri aku sendiri. Apatah lagi orang lain.

Ramai yang melihat aku sentiasa tersenyum dan ketawa, tapi hakikat yang sebenar, hanya aku sahaja yang tahu. Tiada yang lebih baik dari menerima dengan hati yang terbuka. Pasrah dengan hidup di dunia yang penuh dengan duri dan ranjau untuk mematangkan diri aku ini.

Bagi aku senyuman adalah penawar luka di hati ku sendiri. Senyuman segalanya bagi aku. Senyuman yang aku berikan memberikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup aku. Senyuman teman setia yang memang sentiasa di samping tidak kira semasa aku susah atau pun senang. Teman dan sahabat yang paling setia bagi aku.....

0 comments: