Friday, January 22, 2010

Istilah-istilah

Istilah yang kerap digunakan dlm IT:

  1. CPU - Central Processing Unit ( Unit Pemprosesan Pusat).
  2. CD ROM - Compact Disk Read Only Memory - sejenis ingatan dalam cakera padat yang telah ada maklumat tertentu dalamnya. Maklumat itu tidak boleh dipadam, diubahsuai,atau dihapuskan. Ianya juga hanya untuk dibaca. Tidak boleh tulis perkara baru atau disimpan dalamnya.
  3. RAM - Rendom Access Memory - sejenis alat ingatan yang digunakan menyimpan aturcara-aturcara dalam PC.
  4. Modem - Adalah akronim kepada Modulator dan Demodulator. Diguna untuk menghubungkan PC anda kepada
    ISP dan seterusnya ke dunia internet.
  5. ISP - Internet Service Provider. Di Malaysia ada 3 ISP yang aktif iaitu TM NET, Jaring dan Maxis. ISP inilah yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan internet kepada kita - bagus atau sebaliknya,( selain faktor keupayaan
    komponen PC kita sendiri). Sebagai makluman, Singapura mempunyai hampir 10 ISP!
  6. MS DOS - Microsoft - Disk Operating System. Perisian sistem yang mengendalikan fail dalam cakera.